2,742 individu berada dalam tahanan di luar negara

  • 2 tahun lalu
Seramai 2,742 rakyat malaysia ditahan di luar negara sehingga hari ini atas pelbagai kesalahan, termasuk kes dadah, penipuan, pemalsuan kad kredit serta kesalahan kastam dan imigresen.
Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, lima kes tertinggi yang melibatkan rakyat Malaysia ialah 1,434 orang melibatkan kes dadah, 406 orang kes penipuan, 132 kes kad kredit palsu, 89 kesalahan kastam, 66 kesalahan imigresen.
Lima negara tertinggi yang mempunyai tahanan rakyat Malaysia adalah Singapura, 614 orang, China 403, Thailand 360, Indonesia 331 dan Korea Selatan 295 orang.