Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan

  • 2 tahun lalu
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang selamat menjalani pembedahan membuang dua butir peluru di tubuhnya, baru-baru ini, sudah mampu bernafas tanpa bantuan mesin sokongan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, tahap kesihatan anggota berkenaan menunjukkan perkembangan yang sangat baik berbanding sebelum ini.