10 suspek kes samun dan bunuh di Bangsar berjaya ditahan

  • 2 tahun lalu
Suspek yang terlibat dalam kes samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI, Dr Wan Hassan Wan Embong berjaya ditahan menerusi pengecaman wajah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin , berkata isteri mangsa yang berada di tempat kejadian mengecam wajah suspek selain penemuan dompet mangsa di lokasi samun kedua dekat Taman Titiwangsa juga memudahkan proses tangkapan.