Inisiatif pekerjaan dalam Belanjawan 2021, di mana butirannya?

  • 2 tahun lalu
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menggesa supaya inisiatif dalam Belanjawan 2021 yang bertujuan mencipta peluang pekerjaan diperhalusi dan diperincikan secara lebih khusus.
Katanya, maklumat mengenai inisiatif seperti MyStep dan JanaKerja masih tidak mencukupi, lebih-lebih lagi berbaki hanya tiga hari sebelum pengundian Belanjawan 2021 di Parlimen.