Rakyat perlu tuntut kebebasan ekonomi negara daripada ahli politik

  • 2 tahun lalu
Bekas Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, sistem sedia ada telah berubah menjadi kuasa yang ditunjangi tiga elemen iaitu politik identiti, politik wang, dan penumpuan kepada kuasa.

Demi Malaysia yang lebih baik, tegas beliau, reformasi pengaruh politik dalam ekonomi negara perlu dilakukan.