Pesakit yang larikan diri di Pulau Pinang ditemui di Bayan Lepas

  • 2 tahun lalu
Selepas beberapa jam melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang, lelaki dipercayai pesakit COVID-19 ditemui di kawasan kaki lima, deretan kedai di Bayan Lepas, malam tadi.
Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 malam selepas dipercayai berjalan kaki daripada hospital hingga ke kawasan Bayan Lepas yang mana jaraknya kira-kira 25 kilometer.