KBBM raih hasil jualan RM1.62 bilion pada suku ketiga 2020

  • 2 tahun lalu
Sebanyak RM1.62 bilion berjaya diraih menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) hasil jualan suku ketiga tahun ini. Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP), KPDNHEP Ismainur Hadi Amat Bakeron berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak RM28 juta berbanding hasil jualan bagi suku ketiga tahun 2019, iaitu RM1.59 bilion.