Kerja dari rumah: Kualiti terjejas apabila timbul kekangan

  • 2 tahun lalu
Kelengkapan IT serta akses internet memainkan peranan penting terutamannya ketika penularan COVID-19 yang memerlukan sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan di rumah.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia, Zarina Ismail berkata, bagaimanapun terdapat kekangan yang perlu ditempuhi termasuk kos apabila ia melibatkan setiap ahli keluarga yang memerlukan gajet.