Belanjawan 2021: Kerajaan benarkan keluar simpanan Akaun 1 KWSP secara bersasar

  • 2 tahun lalu
Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6 ribu untuk 12 bulan.