Belanjawan 2021 konsep prihatin rakyat - PM

  • 2 tahun lalu
Belanjawan 2021 yang bernilai 322.5 bilion ringgit yang dibentangkan di Parlimen pada Jumaat adalah penzahiran konsep prihatin rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional.
Demikian jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan bertekad memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan sama sekali serta meneruskan momentum yang dicapai selepas pelaksanaan pakej ransangan sebelum ini.