UMNO kekal junjung titah Agong, beriltizam jaga kebajikan rakyat

  • 2 tahun lalu
UMNO sekali lagi mengulangi pendirian bahawa parti itu dengan jelas menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan perlembagaan negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian tersebut termasuk memastikan negara tidak diisytiharkan darurat sebagaimana yang dicadangkan kerajaan.