Muhyiddin perlu hormat Ketua Pembangkang, bincang isu bajet - Salahuddin

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan berkenaan Belanjawan 2021.Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Muhyiddin perlu menghormati kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dalam Dewan Rakyat jika beliau mahu Belanjawan 2021 mendapat sokongan semua pihak.