Pameran #MyAPEC2020 pacu perdagangan serantau

  • 2 tahun lalu
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengambil inisiatif melaksanakan Pameran #MyAPEC2020 secara maya seiring usaha membantu syarikat tempatan menembusi pasaran serantau. Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran (MATRADE), Abu Bakar Koyakutty berkata inisiatif itu dipergiat ekoran wujudnya cabaran perdagangan tatkala pandemik COVID-19 menular.