Gagal patuh SOP: Kluster, kes baharu memuncak

  • 2 tahun lalu
Gagal dalam pematuhan langkah pencegahan dilihat menjadi antara faktor peningkatan kes dan kluster baharu COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata buat masa ini tiada cara lain untuk mengekang penularan virus ini, kecuali mematuhi langkah pencegahan sedia ada.