Masalah air Selangor ketika PKPB tambah derita rakyat ketika pandemik

  • 2 tahun lalu
Gangguan bekalan air yang kerap kali menimpa rakyat di negeri Selangor sudah pasti memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.

Ditambah pula negeri itu kini sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk membincangkan mengenai perkara ini bersama di talian Skype ialah tokoh aktivis dan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan NGO, Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.