Kestabilan politik dan mengurus pandemik COVID-19

  • 2 tahun lalu
Isu politik negara dan peningkatan kes COVID-19.
Dua perkara yang sering menjadi perhatian pada masa ini.
Ada langkah untuk membentuk kerajaan baharunya, ada parti yang mempertimbangkan sokongannya - menimbulkan kegusaran rakyat ketika negara masih berperang dengan COVID-19 ini.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama, dan fahaman politik, bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan COVID-19 ini demi keselamatan bersama dan kesejahteraan negara.
Menyoroti titah Baginda itu, banyak aspek yang kita ingin lihat, kesan kepada ketidaktentuan politik dan pendemik COVID-19 ini yang bakal kita hadapi sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik.
Untuk bercakap mengenai perkara ini kita bersama Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya yang juga Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid Di Talian Skype.