Apa seterusnya selepas Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong

  • 2 tahun lalu
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebentar tadi.
Anwar yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, berkata beliau dilaporkan telah mempersembahkan keterangan lengkap mengenai bilangan majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya sebagaimana dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.
Bagi membincangkan apakah perkara seterusnya yang berkemungkinan berlaku dalam arena politik tanah air negara yang semakin panas ini kita bersama dengan Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Mohd. Azizuddin Mohd. Sani.