Kes COVID-19 meningkat, kawasan rekreasi di Alor Setar lengang

  • 2 tahun lalu
Susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 khususnya di Kedah, tinjauan Astro AWANI di beberapa lokasi tumpuan orang ramai didapati lengang.

Di taman rekreasi Jubli Perak, yang terletak bersebelahan dengan Wisma Darul Aman, kurang 20 individu melakukan aktiviti riadah seperti berjogging di lokasi berkenaan.