Fahmi Fadzil tutup sementara pejabat, kakitangan positif COVID-19

  • 2 tahun lalu
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memaklumkan menutup sementara pusat perkhidmatannya sebagai langkah berjaga-jaga setelah salah seorang kakitangannya positif COVID-19.
Dalam catatan di laman sosial media, Fahmi mengatakan bahawa kakitangannya itu baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk pengasingan dan rawatan.