Air Sungai Linggi melimpah, 40 mangsa dipindahkan

  • 2 tahun lalu
Hujan lebat berterusan sejak malam tadi mengakibatkan 40 mangsa daripada 12 buah keluarga di Kampung Sega Hilir dan Kampung Stesen di Rantau, Seremban, terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Fazlisyah Muslim berkata, semua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Sega, selepas kediaman mereka dinaiki air.

Disyorkan