PRN Sabah: Empat pasukan pemantau di ESSZONE

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mewujudkan empat pasukan pemantauan bagi mengawal Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dalam usaha menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman, berkata pasukan berkenaan akan berpangkalan di empat lokasi utama iaitu Kudat, Lahad Datu, Sandakan dan Semporna.