COVID-19: KKM kesan satu kluster baharu di Sabah

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu berkaitan COVID-19 dikesan di Semporna, Sabah iaitu Kluster Selamat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu berpunca daripada kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,969) merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 32 tahun.