Tidak ada yang mahu ganti jadi CEO 1MDB - Saksi

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terdedah kepada risiko dan wujud unsur-unsur politik.
Namun demikian, bekas CEO 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kenyataannya berhubung unsur politik yang dimaksudkan itu.
Saksi pendakwaan kesepuluh itu berkata, atas faktor itu pegawai-pegawai dalam syarikat tersebut tidak mahu menggantikan beliau sebagai CEO.

Disyorkan