AWANI Pagi: Kempen Saya #remajaMalaysia

  • 2 tahun lalu
AWANI Pagi hari ini akan mengupas mengenai satu kempen yang sangat menarik iaitu Kempen Saya Remaja Malaysia. Kempen ini sangat unik kerana ia bertujuan bagi mencetuskan kesedaran dalam penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia iaitu bahasa ibunda kita.
Yang pasti ia diadakan sempena Bulan Kemerdekaan ini dan menjelang Hari Malaysia 16 September ini.
Untuk bercakap dengan lebih lanjut mengenai apa itu Kempen Saya Remaja Malaysia ini kita bersama Mohd Fiezreen, Editor Pengurusan REMAJA.