Proses pembekalan barangan keperluan harian di kawasan TEMCO akan ditambah baik

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Negeri Kedah memberi jaminan akan menambah baik proses penyaluran dan pembekalan bahan basah dan kering di kawasan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara pentadbiran (TEMCO) sekiranya perintah terbabit dilanjutkan di kawasan amanjaya ataupun dilaksanakan di kawasan baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri Makanan dan Pertanian Kedah, Azman Nasrudin menjelaskan pihaknya telah pun bekerjasama dengan beberapa agensi yang terlibat seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian Negeri Kedah dalam memastikan bekalan yang akan disumbangkan atau dijual kepada penduduk mencukupi.