Lampu pelita peneman Delvina ulang kaji pelajaran

  • 2 tahun lalu
Delvina Ansarui merupakan seorang kanak-kanak yang cukup riang.
Namun di sebalik semua itu, ada sisi lain yang menghimpit kanak-kanak berusia sembilan tahun ini.
Lampu pelita menjadi peneman di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran ekoran tiada bekalan elektrik di Kampung Rundum, Tenom.
Dengan cita-cita besar mahu menjadi seorang doktor, Delvina tekad belajar bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan infrastruktur yang serba daif.