Lagi bekas atlet negara terima bantuan YAKEB

  • 2 tahun lalu
"Saya ingat saya sudah dilupakan".
Itu keluhan pemenang pingat emas Sukan SEA Para 2003, Nurul Shakinah Teh Abdullah yang kini harungi pelbagai cabaran sebelum menerima bantuan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Exco Generasi Muda dan sukan Selangor.
Mesra dipanggil Nurul, kini memilih untuk menjadi penyanyi di perkarangan gedung beli-belah Sogo untuk menyara dirinya dan anak-anak selepas bersara daripada menjadi atlet.