PRN Sabah: Bermodalkan RM40, Jamaludin kini antara usahawan muda berjaya

  • 2 tahun lalu
Pernah jatuh dan mengalami kerugian dalam perniagaan di usia muda, ia tidak mematahkan semangat seorang belia dari Kota Belud ini. Walaupun hampir enam bulan mengalami kemurungan akibat kerugian itu, Jamaludin Saidi bangkit meneruskan kehidupan.

Kenangan pahit itu tidak mahu dibiarkan membelenggu diri sebaliknya melihat peluang di hadapan yang perlu direbut.