Agenda AWANI: Pasca PKP - Realiti impak sosioekonomi miskin bandar

  • 2 tahun lalu
Golongan berpendapatan rendah, wanita dan kanak-kanak adalah individu yang paling terjejas akibat COVID-19 kerana mereka paling berisiko terhadap sebarang bentuk kejutan ekonomi.

Itu antara rumusan laporan Families on the Edge - Siri Ogos 2020 yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA).

Bergerak ke hadapan, apa dasar dan polisi yang perlu diberi tumpuan dalam menangani masalah golongan miskin bandar ini?