Sabah Memilih: Peniaga lokan bakar di Jalan Salut rayu tapak niaga baharu

  • 2 tahun lalu
Isu kemudahan asas yang menghantui hampir 50 peniaga sejak puluhan tahun di gerai jualan lokan dan kelapa bakar di Jalan Sulaman Kampung Salut bagai tiada kesudahan.

Setiap kali menjelang pilihan raya umum ada sahaja janji yang ditabur untuk menambah baik lokasi para peniaga untuk mencari rezeki.

Namun sehingga kini, tiada projek pembangunan dilakukan bagi menaik taraf tapak jualan mereka.

Disyorkan