Anak temui mayat ayah dipercayai lemas

  • 2 tahun lalu
Luluh hati seorang anak apabila bapanya yang keluar rumah di Jitra dan tidak pulang ditemui lemas di sungai.
Che Azahar Hamid berkata bapanya Hamid Hussin 73 tahun keluar rumah pada jam 12.30 malam Jumaat dan tidak pulang ke rumah.
Gusar dengan keadaan itu, dia serta kakak dan abang nya keluar mencari ayahnya sebelum jasadnya ditemui di sebatang sungai pada jam 8 pagi.