Bicara kes 1MDB Najib ditangguh sehingga 1 September

  • 2 tahun lalu
Perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan lebih awal hari ini memandangkan bekas Perdana Menteri itu perlu mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen.
Peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib perlu hadir bagi perbahasan mengenai 88 rang undang-undang.