PRU New Zealand ditangguh kerana COVID-19, tarikh baharu 17 Oktober

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Jacinda Ardern menangguhkan pilihan raya umum, PRU selama empat minggu sehingga 17 Oktober berikutan penularan pandemik COVID-19 ketika kempen berjalan.

New Zealand yang sebelum ini menetapkan tarikh PRU pada 19 September kini sedang bertarung menangani virus yang memaksa bandar terbesar di negara itu, Auckland melaksanakan perintah berkurung, sekali gus mengakhiri 102 hari tanpa penularan tempatan.