Slim Memilih: Tidak dibenarkan berkumpul, berarak di dalam pusat penamaan calon

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Pilihan Raya mengingatkan bahawa perhimpunan dan perarakan tidak dibenarkan di dalam pusat penamaan calon PRK DUN Slim pada Sabtu.

Menurut Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom, ketetapan itu bagi memastikan tidak berlaku kesesakan di dalam kawasan penamaan calon.

Ia sekali gus amalan penjarakan fizikal dapat dilaksanakan dalam usaha mencegah penularan COVID-19.