AWANI Global: ASEAN dalam orde baru COVID19

  • 2 tahun lalu
ASEAN (Association of South East Asian Nations) lahir sebagai sebuah pertubuhan serantau yang dibentuk oleh lima negara utama iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Menyingkap sejarah bermula dengan satu pertemuan di Bangkok ketika menteri luar negara-negara ini menandatangani Deklarasi ASEAN atau disebut Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Sempena ulang tahun ke 53 ASEAN, AWANI Global menemubual Gilang Kembara, penyelidik Centre for Strategic and International Studies, Indonesia tentang kejayaan, cabaran dan peluang ASEAN terutamanya dalam era pandemik COVID19.