Pembukaan sekolah di Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguhkan

  • 2 tahun lalu
Pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan yang dijadualkan pada 3 Ogos ini ditangguhkan ke 17 Ogos 2020.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya pada Rabu berkata, penangguhan itu melibatkan 164 sekolah rendah dan sekolah menengah di tiga kawasan itu.
Mereka yang terlibat ialah murid tahun satu hingga enam serta pelajar tingkatan satu hingga empat dan tingkatan enam rendah.