Bakal pengantin antara yang ditangkap khalwat

  • 2 tahun lalu
Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan antara yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah motel di Bedong Kedah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 29 tahun itu mengaku hadir ke Pejabat Agama Daerah Sik pagi semalam bagi menghantar borang nikah sebelum mendaftar masuk ke motel itu.