Kanak-kanak 5 tahun ditemui lemas dalam kolam

  • 2 tahun lalu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui lemas dalam kolam renang dewasa sebuah resort di Pantai Merdeka,Sungai Petani kedah petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, sebelum kejadian, ibu kanak-kanak itu didakwa meninggalkan anaknya itu bersama anak sulungnya ketika dia menjalani sesi temuduga.