Op Alkohol: Dua pemandu mabuk ditahan di Petaling Jaya

  • 2 tahun lalu
Dua individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi alkohol dan pencegahan jenayah yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 16 saman di atas pelbagai kesalahan trafik.