Kemungkinan liga bersambung 15 Ogos

  • 2 tahun lalu
Disebalik keputusan kerajaan membenarkan Liga Malaysia bermula 15 Ogos ini, Malaysia Football League MFL masih mahu membuat penelitian sebelum memutuskan tarikh sebenar kembalinya sepak mula Liga Malaysia musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan menegaskan penting buat badan pentabir Liga Malaysia itu melihat tahap kesediaan dan persiapan pasukan untuk muktamadkan perkara berkenaan.