Gabenor New York gesa Trump keluarkan arahan wajib pakai pelitup muka

  • 2 tahun lalu
Gabenor New York, Andrew Cuomo menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengeluarkan arahan eksekutif supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan di seluruh negara.

Cuomo membuat kenyataan itu pada taklimat hariannya di New York, ketika mana jumlah kes baharu COVID-19 semakin meningkat di kebanyakan negeri di Amerika.