Majikan jangan ambil kesempatan, aniaya pekerja

  • 2 tahun lalu
Kerajaan hari ini mengingatkan kepada semua majikan di negara ini agar tidak mengambil kesempatan dan menganiaya pekerja mereka.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata terdapat laporan di mana majikan tidak menyampaikan subsidi upah kepada pekerja masing-masing.
Dalam perkembangan sama, jelas beliau setakat 19 Jun lalu, sebanyak 4.89 bilion ringgit program subsidi upah telah diluluskan yang memanfaatkan lebih 2.40 juta pekerja.

Disyorkan