35 PATI lagi ditahan cuba ceroboh sempadan negara

  • 2 tahun lalu
Seramai 35 lagi pendatang tanpa izin atau pati ditahan dalam operasi benteng kerana cubaan memasuki sempadan negara secara haram terutama di lorong tikus.
Ia menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini seramai 910 pati sejak operasi dilancarkan pada 1 Mei lalu.
Penahanan itu turut melibatkan 158 tekong dan 21 individu yang disyaki penyeludup serta 18 buah kapal.
Agensi penguatkuasaan turut mengusir 164 PATI, enam tekong serta 27 kapal yang mencuba membolosi kawasan sempadan negara.

Disyorkan