Kedai makan tepi sawah bertaraf dunia, tarikan terbaharu di Sekinchan

  • 2 tahun lalu
Pernah digelar bodoh dan gila dek kerana ideanya ingin membuka kedai makan di tepi sawah bendang di Sekinchan, Selangor.
Namun tohmahan itu tidak mematahkan semangat pemilik Ninja Private Kitchen, Zung Ninja yang kini boleh berbangga dengan kemajuan perniagaannya berikutan mula mendapat tempat di hati pelancong dalam dan luar negara.
Dengan objektif ingin menjadikan kampung halamannya bertaraf dunia, Zung Ninja yang merupakan seorang jurufoto antarabangsa berpengalaman yakin ia mampu direalisasikan.

Disyorkan