Kelonggaran SOP rumah ibadah bukan Islam akan diumumkan Isnin

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perpaduan Negara akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti keagamaan di rumah ibadah bukan Islam pada Isnin, 15 Jun 2020, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, kerajaan akan teruskan usaha menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tindakan keras akan diambil kepada mereka yang masuk ke negara tanpa dokumen sah, kata Ismail.