269 pelarian Rohingya di Langkawi telah disaring

  • 2 tahun lalu
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya mengakui terdapat pendaratan 269 etnik Rohingya pada Isnin dan kesemua mereka telah menjalani saringan kesihatan dan COVID-19.

Kemasukan tersebut akan dibincangkan dengan Menteri-Menteri Kanan dan tindakan akan diambil melibatkan pelbagai agensi, bukan KKM.