Gunting rambut: KKM akan pantau jika berlaku peningkatan kes

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Kementerian Kesihatan memaklumkan akan terus memantau peningkatan kes susulan pembukaan pelbagai sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut yang dijangka beroperasi pada 10 Jun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara kriteria untuk membenarkan lebih banyak sektor beroperasi adalah tiada pertambahan kes mendadak selepas Hari Raya.