Cubaan dua lelaki seludup daun ketum ke Lembah Klang tumpas

  • 2 tahun lalu
Cubaan dua lelaki untuk menyeludup 100 bungkus daun ketum seberat satu tan ke Lembah Klang gagal apabila lori yang dinaiki suspek ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan mereka bertindak mengekori kenderaan suspek sebelum menahan mereka.