"Jika itu pilihan Tun, saya ucapkan selamat maju jaya" - Muhyiddin

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa beliau tidak mengambil tindakan terburu-buru terhadap lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang gugur keahlian pada 28 Mei lalu.
Presiden merangkap Pemangku Pengerusi Bersatu itu berkata beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak walaupun banyak desakan supaya tindakan diambil lebih awal.