Penaja pendidikan tanggung kos kuarantin pelajar Malaysia dari luar negara

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan penaja-penaja pendidikan bagi pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air akan membayar 50 peratus kos kuarantin mereka, manakala 50 peratus lagi di bawah pembiayaan kerajaan.

Katanya, seramai 18,000 telah berdaftar dengan pejabat kedutaan di luar negara berhasrat untuk pulang ke tanah air.